Sejumlah 22 tuntutan sivil telah diambil oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd terhadap sembilan entiti, dan 25 individu berhubung dana yang telah diselewengkan.<br />Dalam satu kenyataan pada Isnin, kementerian kewangan memaklumkan, enam writ saman difailkan oleh 1MDB, manakala 16 lagi oleh SRC International. <br />Kesemua tuntutan itu adalah untuk pemulangan aset dengan jumlah keseluruhan melebihi RM96.6 bilion, termasuk kira-kira RM300 juta tuntutan terhadap pelbagai pihak tempatan.
